1. Kesan hartanah tidak dapat di ukur lagi buat masa sekarang, sekadar andaian apa yang akan berlaku sahaja.

2. Hartanah paling lambat terkesan bila sesuatu perubahan ekonomi berlaku berbanding segment pelaburan lain.

3. Cuma kita mula boleh melihat, ada penyewa yang mohon tidak lanjutkan kontrak, beri diskaun pada kadar sewa atau kurangkan sewa.

4. Bila kadar pengangguran meningkat, kadar permintaan hartanah akan menurun.

5. Jika ada impian beli hartanah, tunggu 6 bulan selepas ini baru kita akan nampak kesannya. Akan banyak hartanah yang mula dijual dibawah harga pasaran yang baik.

6. Jika anda mempunyai tunai, waktu ini “cash is king” menjadi watak utama.

7. Permintaan hartanah akan sangat bergantung kepada kadar gaji dan penganguran.

8. Hartanah sebenarnya sebelum ini lagi telah terkesan akibat perubahan politik, ekonomi, lebihan hartanah tahun sebelumnya. Bila Covid-19 ini berlaku, ia akan beri kesan lebih mendalam.

9. Rumah tetap menjadi keperluan asas manusia dalam apa keadaan ekonomi sekalipun. Kita perlu tinggal dalam rumah waktu keadaan begini.

10. Kita perlukan sebuah rumah yang selesa dalam keadaan PKP begini agar keluarga kita rasa tenang dan emosinya terjaga.

Bagaimana jika kita masih menyewa?

11. Jangan salah membeli hartanah. Hartanah yang terlalu mahal, melepasi median gaji dan bukannya dari pasaran ‘Mass Market’ bukan menjadi pilihan umum. Anda akan terbeban dengan hartanah ini.

12. Hartanah dikawasan yang terkesan dari segi peluang pekerjaan juga akan terjejas permintaan pada waktu dan keadaan ini.

13. Oleh kerana hartanah paling lambat beri kesan, pemulihan kembali pasaran hartanah juga akan makan masa yang lama iaitu sekitar 2-5 tahun kedepan.

14. Nilai kembali kerja dan pendapatan kita, jika keperluan asas makanan sekadar cukup. Jangan beli hartanah dulu, menyewalah sehingga anda stabil, bersedia dan benar benar mampu.

15. Dalam tempoh 6-12 bulan kedepan selepas moratorium, kita akan nampak banyak hartanah yang mula dijual pada pasaran hartanah dibawah jangkaan.

Simpan duit dulu, tunggu hingga lepas september nanti. Akan banyak pilihan rumah yang menarik buat kita.

16. Gelombang kali ini bukan hanya beri kesan pada pasaran lelong dan subsale tetapi pasaran baru juga akan dijual pada harga ‘mampu beli’ jika kita pandai manfaatkan peluang ini.

17. Akan lahir juga banyak sektor sektor baru yang selama ini merupakan kawasan perimeter hartanah menjadi kurang permintaan.

Sebagai contoh pengeluaran makanan sendiri, pertanian akan menjadi sektor penting beberapa tahun kedepan jika negara pengimport mula buat kawalan bekalan makanan atau mereka lambat pulih dari Covid-19 ini.

Hartanah tetap relevan sepanjang zaman kerana fitrah manusia tetap perlukan kediaman untuk melindungi keluarga.

kredit : Azizul Azli Ahmad

SATU RUMAH SATU KELUARGA
BINA RUMAH SENDIRI WALAUPUN KECIL
IKUT BAJET BUKAN IKUT ORANG

Konsep Binaan Rumah Pasang Siap (IBS)
Teknologi Thailand

✓Dinding Luar pakai Smartwood
✓Dinding dalam Smartboard
✓Dinding kerangka besi
✓Kekuda besi
✓Atap cap gajah
✓Lantai Konkrit

“Lebih Murah, Lebih Jimat”
“Semua Mampu Miliki Rumah Sendiri Walaupun Kecil”
“SATU RUMAH, SATU KELUARGA”

By admin