Pengenalan dan Khasiat Kunyit Hitam

Kunyit hitam ialah sejenis kunyit yang jarang ditemui dan merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi kepada perubatan. Ia sangat popular di India sebagai salah satu daripada bahan rempah untuk dijadikan bahan perubatan tradisional terutamanya daripada bahagian rizomnya. Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat merawat ketumbuhan pada sendi, penyakit kusta, kanser payudara, denggi berdarah dan untuk kuruskan badan. Kunyit hitam mempunyai pelbagai nama untuk dikenali seperti dibawah :-

Nama Tempatan?: Kunyit Hitam

Nama Saintifik :?Curcuma Caesia

Nama Lain :?Kali Haldi (India), Black Turmeric, Black Zedoary

Famili :?Zingiberaceae

 

 

Selain daripada itu, untuk mengenali pokok kunyit hitam, ianya hanya tumbuh dengan ketinggian 30 cm (1 kaki) sahaja dan membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun. Sebagaimana dalam gambar di atas, rizom kunyit hitam bewarna ungu kegelapan dan semakin gelap apabila semakin tua, mngeluarkan bau yang kuat dan berasa pahit jika dimakan. Pokok ini berdaun agak runcing dengan tangkai daun yang panjang. Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan bewarna merah hati ditengah-tengah dan di pangkal batangnya bewarna gelap.

Cara-Cara Menanam Kunyit Hitam

  1. Mempunyai 2 cara untuk memilih benih iaitu :-
    1. Rizom?? dari tumbuhan yang cukup matang dan belum kering. Jika belum matang, lambat untuk rizom mengeluarkan tunas (dalam lingkungan 3 bulan).
    2. Pecahan rerumpun?? mengambil pokok yang sedia ada dan dipecahkan lagi untuk ditanam.
  2. Penanaman pokok ini boleh dilakukan di atas tanah yang dibuat batas, pasu dan polibeg.
  3. Tanamkan benih dalam medium tanaman yang sesuai seperti coco peat atau sabut kelapa. Medium tanaman ini mempunyai tanah yang longgar dan tidak padat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi kunyit yang gemuk.
  4. Pastikan tanah yang digunakan mempunyai saliran air yang baik dan sistematik untuk mngelakkan isi kunyit menjadi busuk dan reput.
  5. Untuk masukkan benih, buat lubang dengan kedalaman 2-3 inci dan pastikan mata tunasnya menghadap ke atas. Jika letak di bahagian bawah, proses tunas untuk pecah dan mengeluarkan daun akan menjadi lambat. Kebiasaannya, tunas berdaun akan keluar sekitar 1-2 minggu selepas di tanam.
  6. Cahaya matahari yang diperlukan ialah 6 jam sehari untuk mendapatkan daun kunyit hitam yang bewarna hijau dan cantik.
  7. Untuk peringkat awal dalam tempoh 1-2 minggu, tumbesaran kunyit hitam memerlukan jumlah kelembapan yang tinggi. Oleh itu, disyorkan untuk menyiram 2 kali sehari. Selepas mata tunas sudah mengeluarkan daun, siraman perlu dikurangkan kepada sekali sehari iaitu pada waktu pagi. Pastikan air siraman tidak bertakung.

Sangat mudah rupanya untuk menanam kunyit hitam ini. Ia juga banyak khasiat yang tinggi kepada perubatan. Selain daripada mencuba cara moden, apa salahnya kalau kita mencuba cara tradisional. Di samping dapat hasil daripada tanaman sendiri, badan pun sihat sebab melakukan aktiviti bertani yang banyak mengeluarkan peluh.

Selamat menanam dan semoga artikel ini memberi manfaat pada semua!

By admin