Budaya merupakan suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi. Oleh sebab itu, budaya sangat penting dan wajib dilestarikan serta dijaga agar diwariskan sampai ke anak cucu kita. Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan dan karya seni. Budaya bersifat kompleks, abstrak dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini terse?bar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia

Bangsa Melayu secara bersendirian atau berkeluarga berupaya mengubah sikap dan pandangan dunia mengenai kehidupan. Keperluan seimbang untuk kehidupan di dunia dan bekalan akhirat memerlukan individu Melayu menguasai ilmu, kemahiran baharu, berstrategi dan inovasi untuk kesejahteraan dan pembangunan ekonomi.

Sejak kebelakangan ini ,Di patani memakai pakai pakaian kebudayaan melayu menjadi kebangaan masyarakat di sana,tidak kira lelaki dan wanita tua atau muda mereka sama sama untuk memperkasakan budaya mereka di sana.pada hari raya aidil fitri yang lalu masyarakat patani di seluruh pelusuk tempat beraya dengan memakai baju melayu bersongkok dan bersamping siap bertanjak dengan segak bergaya di atas kebanggan menjadi orang melayu patani.manakala kaum wanita pula berbaju kurung menutup aurat dengan ayu dan manisnya.

Dan kini kain lepas menjadi suatu trending dalam menjaga warisan kebudayaan orang melayu kita di patani atau di kelantan memanggil sebagai semutar kelantan.kerana kita tahu kain lepas atau semutar ini banyak faedahnya sesuai dengan tempat dan pemakaianya dan penggunaannya juga.cara pemakaian kain lepas ini tidak mempunyai ikatan yang pasti ia terkandung pada kondisi dan situasi .Simpul dengan singkatnya kain Lepas digunakan untuk mengukarkan masalah dalam kehidupan sehari-hari, sepertinya yang duduk di bukit memiliki semutar yang sesuai dengan penggunaan di dalam bukit, yang duduk di sawah juga memiliki semutar yang sesuai dengan keadaan yang ada di

Kain lepas ini di gunakan pada setiap masa dan waktu dalam kehidupan seharian kita(zaman dahulu) dipakai setelah mandi di gunakan dalam pekerjaan pengkebunan,menjadikain kain lepas sebagai suatu ikatan dan juga lain lain

Kain lepas juga merupakan satu pengahargaan atau suatu ukuran hadiah dalam masyarakat melayu sebagai balas budi setelah mendapatkan pertolongan atau bantuan sebagai tanda ucapan terima kasih kerana pada zaman dahulu ucapan terima kasih bukan dengan ukuran wang tetapi adalah kain lepas

Diantara keistimewaan kain Lepas adalah bagi bangsa yang memiliki kain Lepas bangsa yang bertamadun tinggi, yang terkandung di dalam kain Lepas itu adalah teknologi seperti pembuatan kain dengan menggunakan teknologi pada zaman dahulu, filsafah yang berbeza, dan juga bersejarah yang cukup hebat, sehingga membuat sebagian anak muda sangat tertarik dengan kain Lepas lama atau yang dipanggil kain Lepas Golok,? kerana kain lepas ini bagaikan kain Lepas terawal yang menggunakan alat teknologi untuk proses menjadi sehelai kain.

Tidak akan melayu hilang di dunia

#patanistory
#likesharecomment

By admin