Bismillahirahmanirrahim (dengan nama Allah yang maha pemurah maha penyayang)

 

Pada : 18/12/20 Lepas zohor pergi jumpa Hj. Zul Tawang muzakarah pasal usaha agama, solat asar di surau beliau kemudian bincang untuk menghidupkan usaha agama yang di tunjukan cara oleh Nizamuddin dan dibawa oleh ustaz Abdul Rauf sebelum ini. Kami setuju untuk tujuan tersebut dan cuba menghubungi Cikgu Mat Ali tapi tidak jawab kemudian saya terus pulang ke Kampung Kota, lepas solat maghrib di Masjid Kota Cikgu Mat Ali balas whatsapp mengatakan dia ada di Melor sedang keluar bersama rakan dia Amir dan saya terus ke sana. Alhamdullilah jumpa cikgu Mat Ali dan lepas solat isya saya beritahu hasrat ingin jumpa dia dan beliau setuju ..Alhamdullilah.

Pada : 15/01/21 Solat subuh di Markaz Ziad Wakaf Che Yeh, Muzakarah dengan Abe Din Bunut Payung pasal usaha agama dan beliau sependapat dengan saya, dan setuju untuk pergi jumpa haji Zul. Hari ini Jumaat, kami solat di Markaz Dusun Raja dan lepas solat, makan tengahari di Markaz Ziad WCY kemudian terus ke Tawang jumpa Hj. Zul. Setelah bermesyuarat kami setuju untuk pergi ke Masjid Bukit Tanah untuk berjumpa Cik Arif dan beliau sebagai Imam di Masjid tersebut. Setelah solat Asar dapat jumpa Cik Arif dan kami bermusyuarat tentang usaha gama dan keputusan kami adalah bersetuju untuk keluar jemaah di masjid beliau untuk beberapa hari dan insyaaAllah dari tempat keluar tersebut kami akan mengumpul semula rakan-rakan seusaha. Tarikh keluar jemaah akan di tentukan oleh Cik Arif.

Pada : 16/01/21 Kerajaan istihar lockdown PKP bermula 16 hingga 26 januari untuk Kelantan dan tidak boleh merentasi daerah..ini akan merumitkan lagi usaha agama, namun kita masih tunggu respon dari Cik Arif

Pada : 20/01/21 Jumpa Abe din Bunut Payung lepas Asar di rumah beliau. Kami setuju untuk jumpa Cikgu Mat Ali.. insyaaAllah

Pada : 28/01/21 Alhamdullilah lepas asar pergi ambil Abe Din dan terus pergi jumpa Cikgu Mat Ali di Taman Kurnia Pengkalan Chepa. Jumpa dirumah beliau dan kami dijamu dengan bihun goreng dan madu. Muzakarah pasal usaha masjid dan kami sepakat untuk teruskan usaha tersebut bersama. On the way pulang Abe din syor untuk pergi ziarah beberapa rakan lain di Pasir Mas dan Tanah Merah, insyaaAllah kita gi

 

By admin