SOLAT ISTIKHARAH

Pengenalan

Huraian tentang tajuk ini bukan hanya sekadar huraian, tetapi menjadi amalan dalam kehidupan penulis kitab ini sendiri. Solat sunat Istikhorah menjadi santapan harian beliau, seperti manusia biasa yang makan pagi, tengahari atau minum petang. Tidak menjadi amalan harian bagi kita orang awam menjadikan solat ini satu kemestian amalan harian, malah terlupa terus mengerjakannya.

Manusia yang terbiasa mengamalkan solat Istikharah akan mendapat sesuatu yang istimewa dari Allah Taala dan apabila terdapat sesuatu yang ingin dikhabarkan kepada orang lain menyebabkan ia mudah difahami. Jelas di sini, dengan amalan tersebut menyebabkan hasil karangannya memberi kesan kepada para pembaca kitabnya.

Bab ini turut dibincangkan dalam Kitab Targhib wa Tarhib karangan al Imam Ibnu Hajar al Asqalani, tetapi perbincangan dalam kitab tersebut amat ringkas kerana ia cuma memberitahu tentang hadith, tanpa perbincangan tentang rahsia dan hikmah solat ini.

1.0 KEFAHAMAN TENTANG ISTIKHARAH

Kefahaman tentang solat ini haruslah difahami terdahulu sebelum ia dilaksanakan.

? Bagaimana ia berlaku?
? Apakah keperluan ia dilakuan?

Perkara remeh-temeh yang berlaku secara harian tidak memerlukan solat ini dilaksanakan, seperti ingin pergi ke sekolah, membeli belah keluar bekerja atau berniaga. Apa yang perlu dibaca adalah sekadar zikir ringkas secara spontan, seperti yang diajar oleh Nabi kita untuk urusan harian, yakni:

ZIKIR HARIAN

أللُهَّمأَلِْهْمِنى ُرشِْدْىَوأَِعذِْنىِمْنشَِرنَفِْسى

Ya Allah berikan aku ilham jalan yang betul dan lindungilah aku dari keburukan (perasaan) yang ada padaku.

Bacalah zikir ini beberapa kali dan gerakkan langkah anda ke mana saja jalan dituju, innsyaa Allah, kita akan dilindungi Allah dari segala keburukan.

2.0 HIKMAH ISTIKHARAH

Untuk perkara yang mensabitkan hal-hal penting serta bahayanya mungkin berpanjangan, atau memberi kesan kemudharatan kepada orang lain, amalan solat Istikharah sunat dibuat. Hikmah dan kelebihan disebalik amalan ini menyebabkan kita:

i. Tidak akan merasa kecewa
ii. Kerugian tidak akan berlaku di pihak pengamalnya
iii. Tiada penyesalan diri dari kesilapan
iv. Yakin diri
v. Elakdiridarikegelisahandankesedihan
vi. Elak dari rasa ketidak-puasan hati seperti ?kiranya? atau ?jikalau?.
vii. Hilang pergantungan terhadap diri sendiri & bergantung 100% kepada keputusan Allah. viii. Sifat kebinatangan/bahiniah (seperti nafsu, bukan manusia sebenar) aka n terhapus diganti dengan sifat kemalaikatan. Kedua sifat ini saling silih berganti di dalam diri manusia.

Meranalah seseorang jika tidak mengamalkan atau abaikan apa yang diajar oleh Nabi kita ini. Apabila berlaku sesuatu keburukan serta bencana ke atas diri kita atau keluarga, penyesalan yang menimpa tidak akan sudah-sudah menganggu fikiran kita. Inilah kesan atas sebab meninggalkan Istikharah. Perkara ini biasa berlaku dalam kehidupan seseorang apabila membuat sesuatu keputusan tanpa bertanya khabar kepada Allah terlebih dahulu. Rasakan kamu kiranya ingin membuat keputusan sendiri seolah-olah menjadi tuhan sedangkan Allah telah mengajar Nabi cara-cara mengatasinya. Kesenangan yang diimpikan bertukar menjadi kucar-kacir.

3.0 ADAB ARAB JAHILIAH

Adab kebiasaan orang Arab Mekah di zaman jahiliah apabila berhadapan dengan hajat besar atau ingin menyelesaikan masalah dalam 3 perkara, , iaitu:

1. Keluar bermusafir yang melebihi 90km ke atas yang melibatkan ibadah solat jamak qasar; atau
2. Mengadakan majlis peminangan atau perkahwinan; atau

3. Memulakan sesuatu yang baru seperti tukar pekerjaan, bina rumah, belian tanah atau sebarang pencarian seperti perniagaan yang menyebabkan risiko berpanjangan, mereka akan bertindak dengan ?mencabut undi? atau ?mencampak undi?. Caranya samada:

a) Mencampak Undi – menggunakan anak panah pendik yang dicampak ke dalam kotak- kotak yang tertulis dengan 3 perkataan iaitu ?boleh?, ?tak boleh? dan ?kosong?. Kotak- kotak itu diletakkan di hadapan patung berhala mereka. Apabila anak panah itu masuk ke dalam salah satu kotak yang berlabel tulisan itu, maka keputusan samada boleh buat atau tak boleh buat akan tercapai. Kiranya ia masuk ke dalam kotak tanpa perkataan, yakni ?kosong?, maka pengulangan semula dibuat.

b) Mencabut Undi – menggunakan kertas-kertas bertanda yang diletakkan ke dalam sebuah bekas. Kemudian mereka akan memasukkan tangan mereka dan mengambil salah satu kertas bertanda itu. Jika kertas yang dipegang itu bertanda ?boleh?, maka bolehlah mereka teruskan hajat mereka. Begitulah sebaliknya jika tanda ?tak boleh? dipungut.

Pengulangan tertib cara campakan dan undian dibuat jika mereka tak berpuashati di atas keputusan undian. Memang kelakar adab sebegini, tetapi itulah resam mereka. Mereka tulis sendiri, mereka undi sendiri dan buat keputusan sendiri. Orang jahil dalam berugama akan turut terheret dalam adab sebegini dan jangan pula kita merasa pelik kerana adab sebegini masih terjadi di dalam masyarakat kita. Mereka membuat keputusan atas rekaan sendiri. B aik buruk menentu nasib sangat dilarang Nabi, jangan kita mengganti Tuhan. Baik buruk sesuatu kejadian semuanya atas kehendak Allah.

Inilah cara yang diamalkan oleh masyarakat jahiliah di zaman dahulu di mana mereka mencari untung nasib kepada perkara yang bakal berlaku. Perlu diingat, dalam usaha ikhtiar seseorang hamba Allah itu, terdapat kebaikan dan keburukan dari segi zahiriah, tapi natijah sebaliknya tidak kita ketahui. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Istikharah hanya berlaku kepada perkara ikhtiar sahaja, samada mahu melakukannya atau tidak. Persoalannya apa yang akan terjadi jika kita melaksanakannya. Kadang -kadang jika diteruskan akan mendatangkan bahaya atau musibah dan kadang-kadang jika tidak melaksanakan akan mendatangkan bahaya atau musibah. Masyarakat terdahulu bimbang jika diteruskan atau dibatalkan akan mendatangkan kerugian buat mereka. Untuk meredakan keadaan dan menyelamatkan perkara sebenar, Nabi telah melarang adab ini diteruskan.

Perbuatan sebegini bukan asalnya satu pergantungan kepada Allah. Ini kerana perbuatan ikhtiar adalah sesuatu tindakan kepada kita makhluk yang lemah. Adab yang dibuat oleh jahiliah Mekah itu adalah cara yang salah di mana mereka mengambil untung nasib yang direka sendiri. Sekiranya undian yang dibuat mereka itu berkebetulan membawa keuntungan atau kejayaan, ini adalah disebabkan oleh ?Intifaqi? (cara kebetulan takdir), tetapi ia bukan cara yang Allah kehendaki.

Dalam pada itu, perkara yang paling berat sekali adalah melibatkan aqidah. Orang yang mengamalkan untung nasib itu akan berpendapat Allah memang menghendaki perlakuan mereka itu kerana kejayaan telah terbukti . Mereka lupa bahawa perbuatan mereka itu adalah atas usaha rekaan mereka semata-mata. Mereka telah mendusta terhadap Allah dengan kenyataan bahawa inilah yang Allah kehendaki, yakni ?Istirok anallah?. Rosaklah aqidah di atas perbuatan tersebut dan Allah akan melaknat mereka.

Istikharah tidak berlaku kepada perkara yang telah disyari?atkan. Sebagai contoh, kita tidak boleh beristikharah ke atas solat Jumaat yang telah disyari?atkan. ?Nak pergi solat Jumaat ke atau tak mahu pergi?, elok Istikharah dahulu?, ini tidak dibenarkan. Hendaklah kita buat apa saja yang telah disabitkan dengan syari?at, begitulah sebaliknya.

4.0 KESILAPAN TAFSIRAN ISTIKHARAH

Ramai yang mengerjakan solat Istikharah tetapi gagal membaca doa tersebut. Mereka ini sebenarnya tidak melakukan Istikharah. Mereka ingatkan perkara yang diutamakan adalah solat Istikharah , kemudian tidur untuk mengharapkan mimpi bagi menentukan petanda arah. Inilah kesilapan dalam masyarakat kita.

Perlu dijelaskan bahawa Istikharah itu adalah nama bagi doa Istikharah yang dibaca selepas solat sunat 2 rakaat, bukan solat fardhu. Nabi tidak mengajar umatnya membaca doa Istikharah selepas solat fardhu, dan jika dibuat juga, ia membawa kepada berdosa.

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلمmafhumnya, ?Apabila terdapat perkara yang ingin kamu buat, dan bimbang ia mendatangkan bahaya, daripada berserabut memikirkannya, eloklah dikerjakan Istikharah.? OlehituNabi صلى الله عليه وسلمtelahmenggalakkanumatnyamenghafaldoaIstikharahsepertimanaNabiajar umatnya menghafal ayat-ayat al Quran untuk dibaca dalam solat. Dengan kata lain, kita hendaklah menghafal dengan lancar bacaan tersebut sebelum menggunakannya dalam solat kita. Jika belum dapat menghafal sepenuhnya, kemudian terus ingin mempraktikkannya dalam solat, pasti kita akan gagal mengingatinya.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menghafalnya terlebih dahulu sebelum mengamalkannya.

Masyarakat kita suka menambah dalam soal ibadah. Apa yang diajar Nabi masih tidak mencukupi. Perbuatan menambah dalam ugama ini seolah seorang itu meletakkan setitis air kencing di dalam sebelanga susu. Sanggupkah kita meminum susu tersebut? Perlakuan menambahkan ibadah dalam syari?at adalah seperti menajiskan perkara yang suci. Inilah yang terdapat di dalam kitab. Malangnya bagi sesiapa yang tidak mengaji, mereka akan menambah atau mengurangkan ibadah yang telah disyari?atkan oleh Nabi . صلى الله عليه وسلمMereka menambah atau mengurang seolah seperti hidangan santapan makanan. Ini tidak mengapa tetapi dalam soal syari?at yang telah diajar Nabi, maka perkara yang tidak diajar, jangan pula dibuat. Perkara yang diajar hendaklah kita sempurnakan.

Inilah kesilapan dalam masyarakat kita. Sebagai contoh diajar masyarakat membaca surah tertentu dalam ibadah solat, sedangkan tidak diajar Nabi membaca mana -mana ayat dari mana- mana surah untuk menyempurnakan solat. Yang penting dalam solat dimestikan tawajjuh kepada Allah, bukan bacaannya. Pelbagai surah yang panjang-panjang dibaca, sedang kita tidak tawajjuh kepada Allah. Ini tidak betul. Sebagai contoh, dalam solat kita asyik mengingatkan sesuatu yang diingini, seperti berangan terhadap projek yang dipohon. Di mana duduknya Allah dalam soal ini? Sedangkan kita hendakkan sesuatu dari Allah. Oleh itu marilah kita cuba bertawajjuh kepada Allah dalam solat dan selesai saja ibadah itu, mintalah apa saja yang diingini.

5.0 TUJUAN DIADAKAN ISTIKHARAH

Manusia dalam kehidupan sehariannya mempunyai pelbagai hajat serta masalah samada;

i. Hajat atau masalah kecil ? tentang dunia
ii. Hajat atau masalah besar ? tentang akhirat.

Untuk mencapai hajat atau masalah ini dipenuhi atau diatasi, sesuatu usaha perlu dibuat. Sekiranya ia merangkumi dalam linkungan asbab, kita dibenarkan untuk meminta sesama makhluk, tetapi kiranya ia di luar asbab, perkara ini hendaklah dirujuk kepada Allah Taala.

Dalam soal Istikharah, kita meminta sesuatu dari Allah agar diberikan keputusan yang Dia pilih untuk kita bertindak. Seseorang yang melakukan Istikharah seolah-olah berada di depan pintu rumah Allah, tanpa bergerak melainkan menunggu keputusan yang bakal diberikan. Apabila kita melakukan solat, ia seperti mendekati dan mengetuk pintu rumah Allah. Tatkala dia berdoa, ia seolah-olah seperti memanggil, menyeru serta memohon ke hadrat Allah.

Sayugia diingatkan, Allah bukan seperti makhluk di mana mempunyai banyak ragam, ?berkira?, bersyarat dan halangan. Apabila hambaNya mula mengadu kepadaNya memohon jalan terbaik mengikut cara yang diajar Nabi, Dia akan terus mengambil kira, tidak banyak kerenah dan tanpa syarat ditetapkan dan akan meluluskan permohonan hambaNya.

6.0 CARA MENGETAHUI ISTIKHARAH DITERIMA

Bagaimana kita dapat menentukan doa Istikharah kita dikabulkan Allah? Di sini kabul doa dalam Istikharah bermaksud:

A. Petandaataualamatkebaikan:

i. Allah permudahkan urusan yang dipinta.
ii. Allah akan beri keberkatan dalam urusan tersebut.

B. Petanda atau alamat keburukan:

i. Allah adakan masalah atau sekatan menyebabkan minat terhadap urusan itu berkurangan, tawar hati.
ii. Allah akan ganti dengan perkara yang lebih baik.

Kenapa pula Istikharah kita tidak dimakbulkan Allah? Ia terjadi kerana solat kita tadi tidak tawajjuh kepada Allah.

7.0 KEHEBATAN ISTIKHARAH

Melalui Istikharah membuat sifat tamak dan nafsu dunia akan hilang. Mungkin ada orang yang tergila-gilakan sesuatu benda atau projek. Disebabkan cintakan benda itu atau nampak untung dalam projek itu, maka risiko yang bakal ditanggung akan kabur. Melalui Istikharah, kita akan berkata, ?Ya Allah, aku nampak kebaikan dan keuntungan dalam apa yang dihajati ini, tapi Engkaulah segala-gala.? Apabila Istikharah telah dibuat, Allah akan zahirkan kurang minat terhadap benda itu atau menampakkan penipuan dalam urusniaga tersebut. Dalam kitab ada menyebut: ?Cinta kepada sesuatu menyebabkan kita buta dan pekak?. Maka untuk menghilangkannya, amalkan Istikharah. Allah akan ilhamkan kepada kita sesuatu ya ng terbaik hingga membawa ke syurga.

Mengikut pengalaman penulis kitab ini, memperbanyakkan amalan Istikharah dalam urusan- urusan yang besar boleh menjadi penawar yang paling mujarab serta meletakkan seseorang

menjadi orang yang betul-betul suci seperti para malaikat. Tiada penawar terbaik untuk menjadi wali, kekasih Allah atau rapat kepada Allah melainkan dengan perbanyakkan Istikharah dalam kehidupannya.

8.0 CARA MENGERJAKAN ISTIKHARAH

Allah telah mengajar hambaNya dalam menyelesaikan masalah atau hajat besar ialah dengan mengerjakan solat Istikharah, yakni kita mengerjakan solat untuk membaca doa Istikharah. Ini memberi makna kepada kita bahawa solat itu bukannya Istikharah, tetapi doa yang dibaca selepas solat tersebut adalah merupakan Istikharah.

Para ulamak memberitahu, solat Istikharah seeloknya dilakukan beberapa kali. Ini kerana nilai solat kita itu mendekatkan lagi diri kita dengan Allah Taala. Jika melakukan solat cuma 1 kali, mungkin nilai tawajjuh kita terhadap Allah masih kurang mantap, maka digalakkan solat dibuat banyak kali. Beberapa pendapat mengatakan elok dibuat sehingga 12 rakaat (6 salam), tapi sekiranya sudah biasa dengan solat tersebut dan membawa kepada tawajjuh, memadailah dengan sekali solat sahaja. Dalam riwayat sahabat mengatakan sekiranya seseorang telah biasa melakukan solat Istikharah sehingga sampai 7 kali, maka teruskan niat pekerjaan yang ingin dilaksanakan itu, tidak lagi perlu menunggu. Ia sudah memadai.

Cara yang diajar Nabi adalah:

1) Lakukan solat sunat (bukan fardhu). samada solat sunat rawatib, tahiyatul masjid atau semata-mata solat sunat sahaja, asalkan solat itu adalah solat sunat 2 rakaat, asalkan bukan solat fardhu. Solat sunat didirikan terlebih dahulu kerana Allah ingin hambaNya bertawajjuh kepadaNya, yakni mendekatkan diri kepadaNya.

2) Baca doa Istikharah, samada dalam solat atau selepas solat. Amalan doa Istikharah yang lebih aula adalah membacanya dalam solat, yakni selepas bacaan di antara tasyahud akhir dan sebelum memberi salam. Ini dapat dipraktikkan apabila kita sudah dapat menghafal doa Istikharah, tetapi kiranya masih belum hafal, bolehlah kita berdoa selepas selesai solat. Berwiridlah sedikit sebanyak dan apabila keadaan betul -betul tenang, angkatlah tangan dan mohonlah doa Istikharah ke hadrat Allah. Tak perlu صلى الله عليه وسلم. ditambah atau dikurangkan apa-apa lagi selain apa yang telah diajar Nabi

3) Apabila kita sudah berkeadaan demikian, maka mintalah apa saja kepada Allah. Solat adalah mukaddimah ibadah, manakala doa merupakan kemuncak ibadah.

4) Buat mereka yang baru ingin mencuba tetapi belum menghafal sepenuhnya, dibolehkan meletak teks bacaan doa Istikharah dengan terjemahannya di depan tempat solat kita. Mudah-mudahan dan lama-kelamaan, kita akan dapat membacanya dalam keadaan hafiz. Jangan pula diamalkan berterusan tanpa cuba menghafalnya.

doa-istikharah1

By admin

Comments are closed.