Mungkin anda pernah berzikir dengan tasbih( subhanallah), tahmid( Alhamdulillah) dan takbir ( Allahu akbar) sebanyak 33 kali selepas solat fardu. Amalan ini? merupakan amalan sunnah Nabi saw dengan kelebihan akan diampunkan dosa-dosa walaupun sebanyak buih di lautan. Sabda Rasulullah saw :

Sesiapa yang bertasbih selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali, bertakbir 33 kali dan membaca yg keseratus
لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريك لهُ ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحمْد ، وهُو على كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ?diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan ( Imam Muslim)
Zikir ini juga selayaknya dibaca sebelum tidur kerana ia diajar oleh Nabi saw kepada puterinya Fatimah r.a sebagai ganti kepada pembantu .
`Ali r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata kepada Fatimah r.a. ketika Fatimah meminta agar Nabi memberikannya seorang pembantu:
?Mahukah saya tunjukkan kamu berdua terhadap apa yang lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua mendatangi katil kamu berdua, atau kamu berdua mengambil tempat tidur kamu berdua, maka bertakbirlah 33 kali, dan bertasbihlah 33 kali dan bertahmidlah 33 kali. Maka ini adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada seorang pembantu.( Imam al-bukhari)
Semoga Allah mempermudahkan kita untuk mengamalkan amalan sunnah ini dalam kehidupan seharian kita.

By admin

Comments are closed.