Tip! cara masukkan suara (mp3) ke video yang tiada suara

Assalmualaikum…
Kerapkali berlaku semasa rakaman kuliah Maulana ‘Asri yangmana merakam video tapi suara hilang. Punca masalah adalah kerosakan adalah peralatan atau juru rakam itu sendiri kadang-kadang terlupa sesuatu dan sebagainya. Namun alhamdulillah ada diantara pelajar-pelajarnya yang merakam dengan Mp3 recorder.

Proses memasukkan suara dari mp3+video mpg saya menggunakan Adobe Premier.
1. Buka Adobe Premier
2. Import File mpg.
3. Import File mp3.

4. Selaraskan file mp3 supaya bunyi bertepatan dengan mulut yang bergerak.
a. Recording time mpg dan mp3 tidak sama, jadi lebih baik mulakan dari akhir file.
b. Perhatikan mulut atau gerak yang ketara.
c. Dengar betul-betul suara dari mp3 yang seakan sama dengan gerak mulut pada file mpg.
d. Selaraskan kedua-dua file tersebut sehingga tepat antara bunyi dan video.
e. Jangan putusasa dan selalu berdoa supaya dipermudahkan oleh Allah swt.

5. Setelah selesai dan berpuas hati maka save. File – Export – Media – Queue ataupun Export terus.

6. JIka pilih Queue secara automatik akan keluar Adobe Media Encordr (pastikan sudah di install sebelumnya) dan tekan Queue.