Mana lebih baik bagi PAS mencela Umno atau menDoa kebaikan untuknya?

Kalau Kena Maki, Anda Nak Jawab Apa?

Doa-Niat-Puasa-Bulan-RamadhanPada suatu hari dia sedang berbicara dengan Saidina Abu Bakar. Sedang asyik berbicara, Saidina Abu Bakar? secara tidak sengaja telah mengeluarkan satu perkataan yang tidak digemari Rabiah. Langsung Saidina Abu Bakar berasa bersalah dan menyesal atas ketelanjurannya dan berkata, ?Rabiah, balaslah ucapanku tadi dengan yang setimpal agar menjadi qisas.? Rabiah menjawab, ?Aku tidak mahu lakukannya.?

Saidina Abu Bakar? mendesak, ?Katakan atau aku akan adukan kamu kepadaRasulullah.? Biarpun didesak, Rabiah tetap dengan pendiriannya untuk tidak membalas kata-kata Saidina Abu Bakar ?tadi. Orang ramai yang berada di situ turut mendesak agar Rabiah mengikut desakan Saidina Abu Bakar, namun Rabiah masih lagi enggan menurut perintah Saidina Abu Bakar .

???? Lalu, Saidina Abu Bakar? pun berjumpa dengan Rasulullah dan mengadukan hal yang terjadi antara dia dan Rabiah. Mendengar cerita Saidina Abu Bakar , Rasulullah kemudiannya bertanya kepada Rabiah hal yang terjadi. Rabiah menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar? telah mengeluarkan perkataan yang dia tidak sukai dan meminta diamembalas kembali agar menjadi qisas, tetapi dia enggan.

???? Mendengar kedua-duanya, Rasulullah lantas bersabda, ?Betul, jangan balas ucapannya. Tetapi katakanlah, “Semoga Allah Mengampunimu, Abu Bakar.? Rabiah terus menuruti sabda Rasulullah dengan berkata, ?Semoga Allah mengampunimu, Abu Bakar.? Mendengar kata-kata Rabiah itu, Abu Bakar langsung menangis.

???? Ha, kalau kena maki, macam tu la jawabnya. Bukan apa, takut-takut bila kita berbalas makian, dapat dosa percuma je tak semena-mena. Jangan biarkan nafsu membakar amarah. Sentiasa landaskan Islam dalam segenap perkara kehidupan, ternyata sangat cantik dan indahnya hidup kita. Jadi, selepas ni, kalau kena maki, nak jawab apa? ?Semoga Allah Mengampunimu?. Pandai. Hehe. All the best, guys!