Awas! Bahaya Dan Risiko Korek Telinga

Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya […]

Untitled-1Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori
moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh
mereka yang agak tradisional.
Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang
kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.
Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga
yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas
mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.
Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai
nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk
menjadikannya sebagai rutin harian.
Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana
membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Tanggapan salah
Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda
diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu
membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau
hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang
kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.
Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya
kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa
mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga
Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme
yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan
tambahan.Untitled-2

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin
telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di
bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang
hampir dengan gegendang telinga.
Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada
kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga.
Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan
fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ?tahi? itu perlu
dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. Lilin telinga terhasil daripada proses
fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses
pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu. Rerambut halus yang
terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ?menyapu keluar? lilin
telinga ini.

Untitled-3

Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti
debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga. Itu sebenarnya ialah lilin telinga
yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di
dalam telinga kita.
Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan
terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan
mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing
loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan
menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh
pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke
dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.
Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik
kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita
yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung
pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.
Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan
pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada
gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada
saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar
Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin
menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga
bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal

Untitled-4

Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka
sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami,
kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik
kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan
terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi
akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan
Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran
yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi
bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat
disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.
Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga
dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja).
Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan
terkeluar dengan arus air tersebut.
Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan
terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat
tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai
perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan
mikroskopi boleh dilakukan.
Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran
seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa
kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik
kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam
keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan
dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.
Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih
baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat